TAJUK 9: PENGURUSAN DAN PENASIHATAN MURID

 

TAJUK 9: PENGURUSAN DAN PENASIHATAN MURID


PENDAHULUAN:

Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhanya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dan panduan untuk mengatasi masalah. Ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan dan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat merancang tindakan, dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek- aspek tertentu.

Selain itu, Penasihatan pula bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya manakala Mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu. Konsep mentoring ini adalah berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri mereka untuk menyediakan diri mereka agar menjadi individu yang bertanggungjawab yakin dan berdaya saing.


ISI PENTING

Terdapat tiga kaedah penting dalam tajuk pengurusan penasihatan murid yang telah saya pelajari ini ialah ialah bimbingan, penasihatan dan mentoring.

Kaedah yang pertama merupakan Bimbingan yang dapat didefinisikan sebagai sesuatu bahagian daripada program yang membantu individu untuk menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah. Ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat merancang tindakan, dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu. Sebagai contoh, apabila seorang guru berusaha untuk memberi penerangan dengan menggunakan cara yang lebih mudah difahami oleh pelajar apabila guru tersebut mengetahui mengenai masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajarnya sama ada dengan menggunakan bahasa yang lebih difahami atau menggunakan alat bantu mengajar seperti lukisan dan gambar rajah.

Kaedah yang kedua ialah Penasihatan yang bermaksud bermaksud mengkehendaki sesuatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Tugas menasihat pelajar bukan hanya terletak di atas bahu guru kaunseling sebaliknya semua guru turut mempunyai peranan untuk sama-sama memainkan peranan menasihat pelajar sama ada berkenaan masalah tingkah laku atau masalah  pembelajaran. Guru perlulah menggunakan ayat yang sesuai sewaktu menasihat pelajarnya agar tidak menyinggung dan menyentuh sensitiviti  pelajar.

Kaedah yang seterusnya ialah Mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu. Konsep mentoring ini adalah berasaskan  bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan  kendiri mereka untuk menyediakan diri mereka agar menjadi individu yang bertanggungjawab yakin dan  berdaya saing. Kebaikan daripada mentoring, guru mudah untuk mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam diri pelajar kerana dapat memfokuskan hanya dalam sekelompok kecil pelajar sahaja. Selain itu, pelajar juga lebih terbuka untuk menyatakan masalah mereka kepada guru kerana merasakan bahawa diri mereka diberi perhatian oleh guru.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, bimbingan, penasihatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar- pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar. Tambahan pula, bimbingan kaunseling, penasihatan, dan mentoring  juga boleh diertikan sebagai suatu proses bantuan yang dijalankan oleh  kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien dan ia menitiberatkan faktor kerahsiaan. Oleh itu, sebagai pendidik, guru memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti tinggi.

Rujukan:

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 4: PENGURUSAN MURID

TAJUK 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH

TAJUK 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA