Posts

TAJUK 14: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  PENDAHULUAN Menurut Sharifah Alawiah (1985), Sosiologi adalah satu disiplin sains kemasyarakatan. Sosiologi adalah himpunan pengetahuan asas tentang masyarakat serta tingkahlaku sosial mereka secara lebih saintifik dan berdisiplin. Ottoway (1964) mendefinasikan sosiologi sebagai satu bidang sains kemasyarakatan. Manakala Mohd Salleh (1998) pula menjelaskan sosiologi sebagai suatu bidang yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa sosiologi ialah merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.  ISI PENTING Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan teori fungsionalisme, teori konflik, dan teori interaksi simbolik. •  Teori fungsionalisme  memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan. Menurut teori ...

TAJUK 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN   Sistem pengurusan pembelajaran adalah satu sistem aplikasi perisian yang berasaskan web yang direka untuk menguruskan kandungan pembelajaran, interaksi pelajar, alat penilaian, dan maklum balas kemajuan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar (Adobe, 2009; Nasser, Cherif, & Romanowski, 2011; Srichanyachon, 2014). Sistem pengurusan pembelajaran ini membolehkan kandungan pembelajaran diperolehi secara atas talian, yang mana membolehkan pelajar melihat dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui web browser dengan menggunakan mana-mana sistem operasi, komputer dan peranti mudah alih. Sistem pengurusan pembelajaran adalah satu platform yang menggambarkan sistem pembelajaran, sistem pengurusan kursus, sistem pengurusan kandungan, portal, dan sistem pengurusan instruksional (Coates et al., 2005). Pengurusan pembelajaran merupakan evolusi daripada proses dan sistem yang dibangunkan oleh sesebuah institusi untuk mendaftarkan pelajar ke dalam kursus-kursus t...

TAJUK 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

  PENDAHULUAN Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi dimana sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat(  Seng, T. W. ,2005  ). Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang sama. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Selain itu, sekolah mestilah ada hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat. Contohnya, sekolah mengadakan program bersama ibu bapa dan masyarakat. Apabila program ini dijalankan ia akan menghasilkan hubungan yang akrab dan mantap disamping dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Akhir sekali,gabungan antara ibu bapa dan masyarakat serta sekolah dapat menghasilkan satu hubungan yang positif dimasa akan datang.  ISI PENTING         Tiga isi penting yang saya pelajari dari topik ini adalah matlamat perkongsian. Sekolah adalah sebuah insitusi sosial buka...

TAJUK 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

  TAJUK 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA PENDAHULUAN: Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.  Pendidikan Khas (PK) merujuk kepada program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Manakala, Pendidikan Pemulihan (PP), adalah sa...

TAJUK 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

  PENDAHULUAN: Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengarajan dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebgai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan. Antara fungsinya termasuk merancang, menyediakan bajet, mengawal, mengarah, mengelola, menyediakan jadual, membuat keputusan dan menilai. Bagi perkataan “Budaya” pula, terdapat banyak definisinya yang dikemuka oleh para ilmuan. Berikut merupakan empat definisi “budaya” yang dikemukan oleh empat para ilmuan yang berbeza. ISI-ISI PENTING:         Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) antaranya bertujuan mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum dan etnik di dalam usaha memupuk sikap positif dan timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa, budaya. Nilai pelbagai budaya seharusnya difahami ...

TAJUK 9: PENGURUSAN DAN PENASIHATAN MURID

  TAJUK 9: PENGURUSAN DAN PENASIHATAN MURID PENDAHULUAN: Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhanya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dan panduan untuk mengatasi masalah. Ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan dan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat merancang tindakan, dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek- aspek tertentu. Selain itu, Penasihatan pula bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya manakala Mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu. Konsep mentoring ini adalah berasaskan bimbingan dan panduan...

TAJUK 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

  pengenalan:   menurut Mohd Ismail (2006), di dalam pengurusan disiplin pelajar ia berkait rapat dengan kawalan disiplin pelajar oleh pihak sekolah melibatkan tiga aspek tindakan iaitu : a. Penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutama sekali penentuan kesalahan tatatertib. b. Pelaksanaan proses tatatertib, dan c. Mengenakan hukuman tatatertib. Menurut Abdul Rahman dalam Mohd Ismail (2006), kebanyakkan sekolah menggubal peraturan-peraturan sekolah berasaskan undang-undang dan pekeliling yang sedia ada yang diterima oleh sekolah dari semasa ke semasa. Pengetua dan guru besar akan mengagihkan dan menurunkan kuasa pelaksanaan kawalan tatatertib kepada Badan Disiplin, Lembaga Pengawas untuk menyiasat, membicara dan mengenakan hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan. Selain itu, sistem pengurusan disiplin yang baik seharusnya berpandukan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui pekeliling-pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan dari se...