TAJUK 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
PENDAHULUAN:
Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengarajan dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebgai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan. Antara fungsinya termasuk merancang, menyediakan bajet, mengawal, mengarah, mengelola, menyediakan jadual, membuat keputusan dan menilai. Bagi perkataan “Budaya” pula, terdapat banyak definisinya yang dikemuka oleh para ilmuan. Berikut merupakan empat definisi “budaya” yang dikemukan oleh empat para ilmuan yang berbeza.
ISI-ISI PENTING:
Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) antaranya bertujuan mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum dan etnik di dalam usaha memupuk sikap positif dan timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa, budaya. Nilai pelbagai budaya seharusnya difahami sebagai satu set nilai yang berjalan dalam masyarakat Malaysia. Semua murid yang berbeza daripada aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya mendapat pendidikan yang adil dan sama rata.
Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) menekankan lima daripada enam aspirasi murid menyentuh pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam era globalisasi, pengurusan jurang generasi perlu diuruskan dengan baik supaya ia berupaya memberikan kesan positif terhadap cara komunikasi guru yang berkesan malah dapat memupuk motivasi dalam murid untuk belajar. Empat cabaran utama yang dihadapi ialah isu Islamophobia, hubungan yang renggang antara murid Islam dan bukan Islam, budaya generasi abad ke 21, dan jurang persepsi dan ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) dalam kepelbagaian budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar dari masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Usaha bertujuan membina identiti nasional iaitu rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara.
RUMUSAN:
Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu “buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi(budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini menitikberatkan dalam mengkaji budi dan akal pelajar di sekolah.
RUJUKAN:
Comments
Post a Comment