TAJUK 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
pengenalan:
menurut Mohd Ismail (2006), di dalam pengurusan disiplin pelajar ia berkait rapat dengan kawalan disiplin pelajar oleh pihak sekolah melibatkan tiga aspek tindakan iaitu : a. Penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutama sekali penentuan kesalahan tatatertib. b. Pelaksanaan proses tatatertib, dan c. Mengenakan hukuman tatatertib. Menurut Abdul Rahman dalam Mohd Ismail (2006), kebanyakkan sekolah menggubal peraturan-peraturan sekolah berasaskan undang-undang dan pekeliling yang sedia ada yang diterima oleh sekolah dari semasa ke semasa. Pengetua dan guru besar akan mengagihkan dan menurunkan kuasa pelaksanaan kawalan tatatertib kepada Badan Disiplin, Lembaga Pengawas untuk menyiasat, membicara dan mengenakan hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan. Selain itu, sistem pengurusan disiplin yang baik seharusnya berpandukan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui pekeliling-pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan dari semasa ke semasa contohnya, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.18/1998 : Penggunaan budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan.
Isi penting:
Terdapat tiga perkara asas yang telah saya pelajari dalam pengurusan tingkah laku. Perkara tersebut adalah peneguhan, dendaan(hukuman), dan pengasingan.
Perkara asas yang pertama ialah Peneguhan. Peneguhan dari perspektif psikologi merujuk kepada hubungan ransangan dan gerak balas. Ransangan dan gerak balas berkaitan antara satu sama lain. Ransangan ialah pencetus, manakala gerak balas ialah perlakuan hasil tindak balas daripada pencetus. Dalam teori tingkah laku pelaziman operan Skinner ialah proses meningkatkan atau menurunkan kadar satu-satu tingkah laku dengan cara menetapkan kesan pengukuhan atau hukuman bagi tingkah laku tersebut. Tingkah laku boleh diajar dan dipelajari melalui satu ransangan yang sesuai selepas tingkah laku itu dilakukan. Peneguhan positif menggalakkan tingkah laku yang diingini dengan cara memberikan ransangan atau peneguhan yang baik. Memberi ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulang atau diperkuatkan lagi. Ganjaran konkrit seperti hadiah, alat permainan atau makanan, manakala ganjaran social berbentuk pujian, senyuman atau perhatian. Peneguhan negatif adalah ransangan yang tidak menyenangkan atau menyakitkan yang dihapuskan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Selain Peneguhan, perkara asas yang keduan ialah dendaan atau dipanggil hukuman. Dendaan adalah proses untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang diingini, individu berhenti melakukan sesuatu tingkah laku kerana ia mendatangkan kesan yang tidak diingini. Semua hukum denda perlu dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah mesti menentukan bahawa sesuatu hukuman itu betul-betul dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Dendaan yang boleh dilakukan di sekolah seperti dimarahi oleh guru, diberi amaran apabila melakukan kesalahan, mengenakan hukuman yang dibayar dengan membuat kerja di sekolah seperti mengutip sampah dan mencuci tandas. Tujuan denda adalah untuk menghentikan tingkah laku negative dan ia boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Seterusnya perkara asas yang terakhir yang telah saya perlajari ialah pengasingan. Teknik dimana murid disuruh keluar daripada bilik darjah atau dimasukkan ke dalam kelas detensi untuk menjalani hukuman yang ditetapkan oleh guru. Satu konsep yang penting dalam teknik pengasingan ialah guru membiarkan tingkah laku murid yang bermasalah negatif serta tidak memberi apa-apa perhatian kepadanya. Teknik ini adalah sesuai apabila murid tidak menunjukkan tingkah laku yang positif walaupun diingatkan oleh guru beberapa kali. Dalam teknik ini guru tidak akan memberikan perhatian kepada tingkah laku bermasalah sehinggalah mereka berubah. Jika masih tidak mengikut arahan, maka pengasingan ke dalam kelas detensi disyorkan.
RUMUSAN
Kesimpulannya pengurusan tingkah laku yang bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan system pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. Memodifikasikan tingkah laku ialah satu strategi penting yang boleh digunakan oleh guru yang mana tingkah laku yang dikehendakki diteguhkan melalui peneguhan positif dan tingkah laku yang tidak dikehendakki dihapuskan atau dikurangkan melalui peneguhan negatif.
Comments
Post a Comment