TAJUK 6: PENGURUSAN SUMBER

 Pendahuluan: 


Strategi pengurusan sumber pembelajaran adalah berteraskan teori Piaget dan Vygotsky. Teori Piaget menekankan bahawa pembelajaran kendiri terbahagi kepada tiga jenis, iaitu autonomi, aktif dan usaha sedar. Teori Vygotsky pula menegaskan bahawa perkembangan pengawalan kognitif adalah satu proses sosial dan berlaku secara berperingkat, daripada usaha pembelajaran yang bergantung kepada orang lain kepada usaha kendiri (Hsu, 1997). Dalam pembelajaran, seseorang individu akan bergantung kepada individu lain, sebelum ia belajar sendiri. Malah, perbezaan prestasinya berbanding rakan lain yang lebih kompeten, akan menyebabkan berlakunya pembelajaran sehingga pelajar itu menjadi kompeten seperti rakannya (Pintrich & Schunk, 1996). Selain itu, Teori Vygotsky juga melihat manusia mempunyai kemampuan untuk merubah suasana di sekelilingnya agar bersesuaian dengan kehendak mereka (Schunk, 1996).

Isi penting:

Konsep pembelajaran berasaskan sumber dapat didefinisikan sebagai segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan sumber meliputi penggunaan keseluruhan deria iaitu mendengar, melihat, merasa, menyentuh dan mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar iaitu (praktikal). Ianya sangat berfaedah dan dapat menyelesaikan masalah secara praktis, pelajar dapat bergerak maju mengikut kebolahan masing-masing, penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran, guru menggunakan "instructional methodology" yang pelbagai untuk mempertingkan proses pengajaran dan pembelajaran serta peluang mewujudkan situasi pembelajaran untuk individu atau kumpulan kecil.

Menurut Laverty (2001) proses pembelajaran berasaskan sumber adalah merupakan pencapaian subjek dan objektif literasi maklumat melalui pendedahan dan aktiviti yang melibatkan maklumat dari banyak sumber. Pelajar akan terlibat dengan proses pembelajaran yang aktif apabila mereka menggunakan banyak bentuk maklumat untuk mencari bahan yang diperlukan berdasarkan pembelajaran yang dilalui di dalam kelas. Guru dan kakitangan pusat sumber akan bertindak sebagai penggerak dan faslitator dalam proses pembelajaran dan menyediakan maklumat pencetus yang akan mengerakkan pelajar untuk mencari maklumat dengan aktif dan seterusnya menjadi penyelesai masalah yang kreatif. Keseluruhan proses pembelajaran yang berasaskan sumber akan membentuk satu budaya pembelajaran yang aktif dan membentuk proses pembelajaran yang produktif di sekolah.

Pusat sumber berfungsi untuk mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum serta berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Selain itu, pusat sumber berfungsi sebagai tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan serta merupakan pintu masuk maklumat dari agensi luar. Pusat sumber juga berfungsi untuk mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahankan maklumat keperluan kurikulum sekaligus menggalakkan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

Dibawah strategi pemusatan bahan pelajaran, sumber pembelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan sumber pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak.

Kemahiran didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan untuk melakukan sesuatu perkara. Menurut (Rita 1990) maklumat pula dapat didefinisikan sebagai keterangan atau butiran-butiran yang berguna atau mempunyai maksud tertentu bagi seseorang yang memilikinya. Oleh itu kemahiran maklumat adalah merupakan keupayaan yang ada pada seseorang dalam proses untuk mendapatkan dan menggunakan maklumat. Kemahiran mencari maklumat ini amat penting kerana dalam dunia tanpa sempadan hari masyarakat terdedah kepada sumber maklumat yang banyak. Oleh itu, kemahiran pencarian maklumat akan dapat membantu seseorang mencari maklumat dengan berkesan dari sumber yang berbeza seperti perpustakaan, agensi swasta, agensi kerajaan dan alat elektronik. Bagi memastikan pusat sumber dapat menyediakan prasarana yang sesuai untuk menggalakkan pembelajaran berasaskan sumber terdapat beberapa ciri penting yang perlu difikirkan dalam proses mereka bentuk program sesebuah pusat sumber. Di antara ciri-ciri yang perlu ada ialah tepat, cepat, lengkap, ringkas, berkaitan, dan penilaian maklumat.


RUMUSAN

    Pusat sumber yang berkesan akan menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber. Pusat sumber sekolah memainkan peranan yang besar dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan sumber berlaku di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Oleh itu, pusat sumber sekolah perlulah menyediakan maklumat yang mencukupi dan terkini, memudahkan maklumat tersebut dicapai dan dapat menyediakan kemudahan kepada pengguna pusat sumber untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang lain.

Rujukan: 

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 4: PENGURUSAN MURID

TAJUK 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH

TAJUK 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA