TAJUK 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Pengenalan:
Kletter (2001) telah memberikan beberapa faedah perlaksanaan perkongsian pengetahuan dalam sesebuah organisasi. Antara faedah tersebut adalah seperti dapat mempercepatkan proses membuat keputusan, memberikan penyelesaian yang efektif dalam proses pengambilan pekerja baru, menggalakkan penggunaan pengetahuan dan memberikan peluang untuk bekerjasama di kalangan pekerja, dapat menggunakan pengetahuan yang ada untuk kepentingan organisasi dan sebagainya. Persekitaran organisasi terbahagi kepada dua iaitu merujuk kepada persekitaran luaran seperti pelanggan, masyarakat, pemegang saham, teknologi, ekonomi, perundangan dan kesatuan sekerja manakala persekitaran dalaman pula merujuk kepada budaya organisasi, misi dan visi organisasi; pekerja, polisi dan gaya pengurusan pihak atasan (Zafir dan Fazilah, 2003).
Budaya organisasi merupakan elemen yang paling mempengaruhi ahli untuk berkongsi pengetahuan dalam organisasi (Smith et al. 2003). Ini kerana terdapat beberapa lagi unsur dalam budaya organisasi seperti reka bentuk dan struktur bangunan, nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh ahli. Menurut Smith et al. (2003) dan Wright dan Taylor (2004) beberapa unsur dalam budaya organisasi secara tidak langsung dapat menimbulkan niat dan mendorong ahli untuk berkongsi segala pengetahuan bersama-sama semasa berada dalam organisasi.
Gaya kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam memimpin pekerja ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin di capai bersama. Selain memimpin untuk mencapai matlamat organisasi, pemimpin turut berperanan merangka serta menjalankan pelan pembangunan organisasi. Malah peranan gaya kepimpinan ini meliputi tugas menyediakan persekitaran yang mempunyai kolaborasi antara pekerja bagi mencapai matlamat atau pun pembaharuan dalam organisasi (Najjar, 1999). Fungsi dan kepentingan gaya kepimpinan tidak boleh diperkecilkan kerana ia merupakan aspek penting dalam menentukan keberkesanan pengurusan organisasi (Najjar, 1999). Justeru, gaya kepimpinan yang berkesan merupakan nadi dalam organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi sekali gus meningkatkan komitmen pekerja terhadap organisasi.
Isi penting:
Terdapat beberapa gaya kepimpinan. , pertama ialah , autokratik.iaitu interaksi sehala. Tujuan adalah untuk memastikah perlaksanaan tugas dengan sempurna namun ini akan mentebabkan motivasi guru rendah dan menyababkan Suasana menjadi tegang. Kedua ialah demokratikiaitu interaksi dua hala. Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama. Dan yang ketiga ialah , laissez-faire iaitu bertentangan dengan autokratik. Kepimpinan ini memeberi kebebasan sepenuhnya kepada guru untuk membuat keputusan. Tiga faktor utama yang mempengaruhi kesesuain situasi an mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaiu hubungan antara pemimpin dianggota , struktur tugas dan posisi kuasa.
Organisasi ialah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins 2003). Anitia mata pelajaran aalah sebuah badan ikhtisas yang dinaggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sekolah. Badan ini hendaklah dipimpin oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah. Kepimpinan bilik darjah menurut Hook dan Vass (2000) mendifinisikan kempimpinan bilik darjah satu kemahiran dimana guru menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku dengan interaksi dua pihak, menyampaikan visi kepda murid-murid dan meyakinkan mereka supaya mengikutinya.
Ciri-ciri kepimpinan berkesan terbahagi kepada 7. Pertama ialah mengamalkan pembelajaran berterusan untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran diri. Kedua mamp membuat pertimbangan yang wajar untuk mengelak perasaan tidak puas hati dalam kalangan murid disamping membentuk kerjasama. Ketiga memepunyai kebolehan memimpin dan fleksibel. Keempat, membuang sifat mementingkan diri sendiri dan kelima bijak membuat keputusan. Selanjutnya , menjadi teladan kepada muridnya dan terakhir boleh memebentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah.
Gaya pengajaran menurut kajian Wan Zah Wan Ali (2000) pengajaran mempunyai pelbagai pengertian dan ianya boleh dikategorikan kepad empata iaitu , pengajaran sebagai menyampaikan makluat, memindahkan maklumat , mendorong pembelajaran, membina manusia lebih baik. Pengajaran secara keseluruhannya merupakan cara untuk membimbing pelajar bagi memperoleh sejumlah pengalaman yangterbaik dan bermutu. Pelajar perlu dibimbing untuk berfikir dan berusaha untuk mencari pengertian terhadap perkara yang dipelajari. Antara gaya pengajaran ialah , pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar , pengajaran secara tidak lansung dan pengajaran lansung.
Rumusan:
Kesimpulannya , Terdapat beberapa gaya kepimpinan. , pertama ialah , autokratik, demokratik dan laissez-faire. Setiap ciri kepimpinan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendir. Prngaplikasian kepimpinan yang baik amatlah penting kerana hal in boleh menentukan situasi dan hubungan guru dan anak murid.
Rujukan:
http://eprints.utm.my/id/eprint/14542/1/ShahRollahAbdul2009_FaktorPersekitaranOrganisasiMempengaruhiPerkongsianPengetahuan.pdf
Comments
Post a Comment