TAJUK 2: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Pendahuluan:


Pengurusan ialah aktiviti yang teratur bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti ( Ahmad Mahdzan 2004). Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola , memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumbersumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. (stoner 1984). Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini mmerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran  yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang penting untuk menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pengajaran berkesan dilihat sebagai suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang akan mengubah tingkah laku seseorang pelajar secara kekal. Perubahan tingkah laku seseorang pelajar dapat dilihat dari segi kefahaman dan kemahiran yang mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku atau pun semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru. Selain itu, pengajaran berkesan juga ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar (Hunter, 1995 dalam Esah, 2003). Jika pelajar itu sendiri mempunyai kesedaran terhadap pengetahuan mereka, sudah tentu objektif pengajaran akan dapat dicapai dengan jayanya serta memudahkan pengajaran berlaku di dalam kelas atau pun bengkel.

Isi penting: 

Pengurusan dalam pembelajaran terbahagi kepada 4 iaitu , pertama mengawal. Sebagai contoh , mengawal peraturan bilik darjah, aktiviti berkumpulan dan Susana bilik darjah. Kedua , merancang. Sebagai contoh merncang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif dan merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajarjelas dengn pelajaran yang mereka belajar. Ketiga pengalaman. MenurutGagne (1974) menyatakan bahawa pembelajaran adalh perubahan pemikiran , perubahan kebolehan , perubahan tingkah laku dan pembelajara perlukan rangsangan  supaya meninggalkan kesan yang lebih bermakna. Keempat ialah mengarah. Sebagai contoh , mengarah murid untuk menjawab soalan yang di utarakan.

Pengurusan pembelajaran pelajar yang berkesan terdiri daripada 3 faktor. Pertama keperluan fisiologi iaitu mengetahui keperluan fisiologi pelajar seperti tahap pembelajaran, keluarga, tingkah laku dan emosi. Kedua , pengurusan masa. Hal ini demikian kerana, pelajar oleh menjalankan pembelajaran dengan masa yang sama dan boleh mengelakkan embaziran masa. Dan yang ketiga ialah , iklim bilik darjah, seperti pencahayaan yang cukup, perabot yang selesa dan mencukupi serta aliran udara yang baik dan lancar. Terdapat dua jenis Objektif iaitu  ekplisit dan implisit. Ekplisit diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan menggerakkan orangan untuk melakukan aktiviti yang membawa faedah kepadanya.implisit pula diwujudkan daripada ransangan dalaman. Terdiri daripada dorongan atau minat seseorang individu untuk melakukan aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran.

Antara kaedah pengurusan dan pembelajaran pelajar ialah, pertamakaedah pendekatan pengurusan dan pembelajaran yang berkaitan dengan model, prinsip dan teori pembelajaran. Kedua, menggunkan kaedah set induksi yang baik. Ketiga , kaedah demonstrasi digunakan bagi melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah.

Rumusan:

Kesimpulannya pengurusan dalm pembelajaran terbahagi kepda 4 iaitu pertama mengawal. Sebagai contoh , mengawal peraturan bilik darjah, aktiviti berkumpulan dan Susana bilik darjah. Kedua , merancang. Ketiga pengalaman dan keempat ialah mengarah. Pengurusan pembelajaran pelajar yang berkesan terdiri daripada 3 faktor. Pertama keperluan fisiologi iaitu mengetahui keperluan fisiologi pelajar seperti tahap pembelajaran, keluarga, tingkah laku dan emosi. Dan kedua ialah pengurusan masa ketiga ialah , iklim bilik darjah.

Rujukan:
·                     Yasin, R. M., Mustapha, R., Minghat, A. D., Jusoff, K., Ishar, A., & Shamsudin, S. (2012). PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH. Journal Of Educators & Education / Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, 2723-35.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 4: PENGURUSAN MURID

TAJUK 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH

TAJUK 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA