TAJUK 1: MENGURUS PEMBELAJARAN

TAJUK 1: MENGURUS PEMBELAJARAN


Pendahuluan

Pendahuluan: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2011), telah mencadangkan penyerapan teknik didik hibur dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kerajaan berhasrat memperkenalkan teknik didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik didik hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Antara ciri didik hibur dalam pengajaran adalah sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur humor. Berdasarkan Standard Jemaah Nazir ada menyatakan dalam Elemen 9.13,pengajaran dan pembelajaran yang menyentuhdisposisi guru telah menyatakan kepentingan amalan pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan guru sekolah.

Seterusnya, elemen 9.13(a) (vi) tentang sumbangan guru terhadap suasana pembelajaran yang kondusif, dan standard ini menggariskan bahawa guru perlu mewujudkan suasana riang dan merangsang pembelajaran (Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Oleh hal yang demikian, suasana ceria di dalam bilik darjah adalah merujuk kepada amalan pembelajaran menyeronokkan guru. Disposisi guru yang cenderung kepada sikap autokratik atau serius boleh menimbulkan konflik antara guru dengan murid. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting sebagai individu yang menjadi pemangkin dalam proses murid mencari ilmu. Tanpa kehadiran guru, proses pembelajaran yang berlaku mungkin tidak efektif. Guru yang mampu mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif merupakan guru yang cemerlang. Oleh itu, guru-guru perlu sedar akan kepentingan unsur pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran untuk mewujudkan hubungan baik dengan murid-murid mereka. Selain itu, pembelajaran menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan bahan bantu mengajar.

Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan. Hal ini disokong oleh Yahya dan Dayang Raini (2011), menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan menggunakan aplikasi komputer secara interaktif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca. Kesimpulannya, pembelajaran yang menyeronokkan perlu melibatkan kreativiti guru yang mampu memberi kesan terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah.
Isi penting : Pengurusan pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam pendidikan, antara aspek yang perlu dinilai dalam pengurusan pembelajaran ialah tentang mengurus pembelajaran. Untuk mengurus pembelajaran, penting untuk guru merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan  murid yang sedia ada dan merancang strategi dan kaedah pembelajaran.

Komunikasi dan interaksi yang digunakan ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar sangat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Komunikasi yang baik daripada guru dapat memudahkan pelajar untuk memahami sujek yang diajar dengan lebih mudah. Penyampaian yang mudah dari guru dapat memudahkan pelajar untuk memahaminya dengan lebaik baik. Selain itu, guru juga haruslah memastikan interaksi antara guru dan pelajar berada dalam keadaan yang baik. Tambah lagi, juga haruslah mengetahui cara atau bentuk komunikasi yang berkesan dalam penyampaian. Cara penyampaian guru haruslah megikut kemampuan murid. Sebagai contoh, guru haruslah menggunakan kata-kata yang mudah difahami oleh murid terutama murid yang sukar untuk faham. Interaksi yang baik adalah apabila pelajar dapat memberikan respon yang baik dan faham apa yang disampaikan oleh guru. Respon daripada pelajar merupakan antara yang penting kepada guru dalam memastikan pelajarnya faham apa yang diajari.

Banyak kaedah-kaedah pengajaran yang akan digunakan oleh guru ketika dalam kelas. Pelbagai kaedah digunakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru akan menggunakan kaedah yang mudah dalam memastikan pelajar faham dengan mudah. Guru akan menggunakan kaedah yang sesuai dengan umur dan kematangan pelajar. Kaedah-kaedah yang digunakan juga haruslah sesuai dengan pembelajaan. Kaedah yang baik dapat memastikan pelajar memahami yang diajar dengan lancar. Kebanyakkan kaedah yang digunakan menggunakan alat bantu belajar dalam memastikan pelajar tidak bosan dengan hanya menggunakan buku sahaja.

Kesediaan murid bermaksud keaadan murid yang berupaya untuk belajar dalam menimba ilmu. Kesediaan murid akan berbeza disebabkan beberapa faktor. Ada murid yang sudah bersedia untuk belajar dan ada yang kurang bersedia. Oleh itu guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesediaan murid berada pada keadaan yang baik. Guru haruslah memastikan terlebih dahulu memastikan pelajarnya bersedia dan bersemangat untuk belajar. Dalam memastikan pelajar bersedia sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru boleh terlebih dahulu memberitahu pelajar tentang subjek yang akan dipelajari.

Perancangan pengajaran ialah perkara yang akan dilakukan terlebih dahulu sebelum melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang baik dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Sumber utama dalam perancangan pengajaran ialah buku teks. Buku teks merupakan panduan yang utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan menggunkan buku teks dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian. Pengajaran harian yang berkonsepkan buku teks dan mudah difahami oleh pelajar dapat memudah proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa pelaksanaan pembelajaraan dilakukan guru haruslah mengetahui konsep dalam yang digunakan dalam pelaksaan pembelajaran. Pelaksaan pembelajaran ialah perkara yang terakhir dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pelaksanaan pembelajaran yang berkesan dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.


Rumusan:

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Seterusnya, pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana,menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Selain itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling, sistematik dalam merancang dan menilai, penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar dengan berkesan.

Rujukan:

http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/66/66

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 4: PENGURUSAN MURID

TAJUK 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH

TAJUK 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA